
Sulit
3 tahun
Terasa sakit belakang apabila menahan kecing
Hye dokter. Saya umur 22 apabila saya bangun pagi ingin buang air kecil then masa bangun tue belakang saya sakit? Mohon pencerahanya dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Posisi tidur kurang sihat
- Kecederaan pada otot belakang
- Keradangan otot atau sendi belakang
- Penyakit pada tulang belakang
- Gangguan saraf
- Sakit buah pinggang
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut seperti gambar x-ray, imbas ultrasound dan lain. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.