Sulit
3 tahun
Terasa sakit di tapak kaki
Saya lelaki 28tahun.Saya sering merasa sakit pada telapak kaki setiap pagi ketika bangun dan berjalan tetapi rasa sakit itu sekejap sahaja . .berat badan saya hanya 67KG Tinggi 167cm
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai sakit tapak kaki yang berlaku ketika bangun atau berjalan. Untuk makluman anda, perkara ini boleh dijelaskan oleh beberapa perkara:
- Kecederaan pada sendi otot bahagian buku lali
- Kecederaan pada kawasan pinggang belakang
- Penyakit keradangan pada tendon achilles (Achilles Tendonitis)
- Keradangan pada sendi kaki (Bursitis)
- Keradangan pada fascia kaki (Plantar fascitis)
- Masalah darah tinggi atau aliran darah
- Masalah pengsarafan
Jawapan diberi hanyalah jawapan am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini menjadi semakin teruk. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.