
Anonymous
5 tahun
Terasa sakit kedua payudara
Saya wanita dalam 20’an. Dan saya terasa sakit kedua payudara saya dalam minggu ni. Apakah itu tanda tidak baik untuk usia saya.? Ataupom itu hanya perkara biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan simptom tersebut. Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sakit pada payudara boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan
- Kalenjar payudara tersumbat
- Sakit yang berpunca dari otot, saraf atau tulang dada
Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.