
Sulit
4 tahun
Terasa sakit ketika membuang air besar
Ketika saya membuang air besar, saya berasa sakit pada bahagian keluarnya air besar… Ketika saya ambil tissue and tekap pada bahagian lubang bontot kenampakkan sedikit kesan darah… Saya alami masalah ini hampir 2minggu setiap kali saya membuang air besar… Boleh saya dapatkan penjelasan tentang masalah saya apa perlu saya laku kan dan kenapa ia boleh berlaku?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.