
Sulit
4 tahun
Terasa sakit slps buang kecil
saya remaja wanita berumur 17 tahun, malam tadi lps saya kencing sebelum tidur ttb kemaluan saya sakit, sakit dia dari perut sampai bawah mcm kene cucuk². bila berjalan atau bergerak lagi sakit tp saya tidur je pukul 1 sbb sakit dh makin kurang dan terjaga pukul 2 untuk buang air dan sakit datang semula. saya nak pergi hospital tpi tkot tak ade benda yg serius sbb sakit tu datang dan pergi lps satu jam saya buang air. ataupon ini senggugut je sbb saya tak pernah kene senggugut sebelum ni jadi saya taktahu. tlg saya:)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.