
Sulit
5 tahun
Terasa sejuj 1 badan dan kencing tak lawas dan sakit badan
Saya lelaki berumur 20 saya kadang kadang terasa sakit belakang di bahagian kanan dankencing tak lawas dan kadang kadang terasa sejuk 1 badan haritu ade berjumpa dengan doktor dia cakap air tak cukup dalam badan dan dia masukkan air dan dia bagi saya ubat mist prossit tetapi tiada perubahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.