
Sulit
3 tahun
Terasa sesak nafas dan sakit dada
Saya lelaki dalam 20an dan saya alami sesak nafas setiap kali sebelum nak tidur dan dah dalam seminggu saya alami seperti ini.tetapi sesak nafas saya seperti kadang ii sesak nafas lama ii kemudian sudah oky balik selepas itu sesak nafas balik.jadi saya seperti terganggu dengan gejala saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai rasa sesak nafas. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan saya ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor