
Sulit
3 tahun
Terasa sesuatu di tekak ketika menelan air liur
Saya berusia 23 tahun. Saya mengalami ketidakselesaan di tekak saya seperti ada sesuatu. Ia tidak berasa sakit dan tidak mengganggu pernafasan saya tetapi terasa ketika menelan air liur. Saya sudah makan ubat cair kahak yang diberikan oleh doktor tetapi sama saja. Keadaan tekak saya normal sahaja cuma rasa tidak selesa ketika menelan air liur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah ketidakselesaan pada tekak seperti ada sesuatu terutamanya ketika menelan air liur. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Radang saluran udara/tekak - akibat jerebu/asap rokok
- Tekak cedera ataupun luka
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman dalam saluran udara/tekak
- Radang tonsil
- Jangkitan dan batu tonsil
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor