Sulit
2 tahun
Terasa sesuatu lekat di kerongkong
terasa sesuatu melekat di kerongkong yg mana menyebabkan sukar bernafas lagi2 bila berbaring.Saya cuba minum air supaya benda itu hilang tapi hampa masih ada… sekejap hilang pastu ada lagi…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik. Susah bernafas di bahagian kerongkong boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- alahan
- penyakit asma bronkitis, dll.
- saluran nafas yang tersumbat
- benda asing di saluran pernafasan
mahupun masalah seperti
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
Saluran udara tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas sehingga lemas
- Demam
- Batuk
- Pitam
- Gangguan bau
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.