nurainhassan1510
6 tahun
Terasa tendangan dalam perut kiri
Sy berusia 30 thun. sy merasakan ade tumbukan/ tendangan dr dlm perut kiri…Selama 3 minggu lps sy merasakan perut kiri sy kerap berdenyut…test upt negatif…ape sebenarnya mslh sy dr. Tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terma itu adalah terma umum dan boleh membawa perlbagai maksud antaranya saskit perut.
Antara penyebab yang boleh mencetuskan gejala sakit perut adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan seperti rotavirus
- Alahan kepada sesetengah makanan
- Radang usus
- Radang appendiks
- Hernia
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























