
Sulit
5 tahun
Terasa tidak selesa/sakit di sebelah kanan antara bahagian pinggang dan paha
Saya wanita 20’an dan saya kerap sangat membuang air kecil. Saya rasa tidak selesa, rasa nyut2 di bahagian sebelah kanan antara pinggang dan paha. Apakah masalah kesihatan saya hadapi? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan appendiks atau usus
- Batu karang saluran buah pinggang
- Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Keracunan makanan
- Sista pada ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.