
Sulit
4 tahun
Terbangun tengah malam dan sesak nafas
hi doktor. sy lelaki nerusia 29 tahun. sejak kebelakangan ini sy sering terbangun tengah malam dan sesak nafas. malam tadi juga sama, tiba2 terbangun, sesak nafas dan jantung bdegup laju. sy tak batuk atau demam. sampai pagi ini, sy rasa macam tidak puas bernafas. rasa macam paru2 sempit. kenapa ya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sesak nafas pada waktu malam. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Obesiti
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda disarankan untuk:
- Berhenti merokok jika merokok
- Elak punca alahan
- Elakkan dari terdedah kepada pencemaran, asap dan habuk
- kurangkan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.