
Sulit
4 tahun
Tercucuk jarum ubat kebas di klinik gigi
Saya wanita berumur 18 tahun nurse klinik gigi yang terkena jarum ubat kebas selepas doktor gunakan kepada patient . Sewaktu itu tangan saya pakai gloves dan terkena jarum itu tapi tidak menyebabkan kecederaan pada tangan saya . Adakah saya boleh terkena jangkitan yang berbahaya doktor ? Mohon penjelasan Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Keterangan anda mengatakan bahawa anda terkena jarum tapi tidak mencederakan. Sebaiknya dijelaskan lanjut apakah yang dimaksudkan sebagai terkena jarum tersebut. Hal ini kerana sekiranya jarum tersebut tertusuk, terdapat penanganan tertentu dan memerlukan anda untuk segera merujuk ke hospital.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.