
Sulit
4 tahun
Terdapat bintik coklat dekat uvula(anak tekak)
Hi Dr. Saya berumur 20 tahun (perempuan). Saya mendapati ada bintik coklat dekat uvula(anak tekak) saya. Dan masa yang sama saya ada alahan kucing dengan habuk. Saya kerap bersin, berair mata, hidung berair dan tekak gatal. Adakah sebab iritasi kat tekak tu menyebabkan uvula saya ada bintik coklat?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk menjawab soalan anda, iritasi tidak akan menyebabkan bintik coklat timbul di uvula. Bintik coklat adalah merupakan pengumpulan pigmen melanin dibawah kulit.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan sekiranya simptom yang anda hadapi seperti gatal tekak, hidung berair dan bersin semakin teruk.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.