
Sulit
4 tahun
Terdapat bunyi di dalam usus
Saya lelaki mendapati terdapat bunyi di dalam usus. Adakah saya mengalami gas dalam usus atau mempunyai penyakit seperti usus tersumbat, radang usus dan lain-lain ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Bunyi didalam usus boleh disebabkan oleh berbagai jenis kondisi fisiologi mahupun gangguan tubuh, antaranya:
- Proses penghadaman yang lebih deras (akibat dari perubahan pola makanan, jangkitan, dll.)
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan (sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar gangguan bunyi yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda boleh cuba untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.