
tankescobar18
5 tahun
Terdapat keras d bahagian bawah rusuk kiri
Saya lelaki umur 30an mengalami perut keras d sebelah kiri d bawah rusuk…jika di tekan benjolan itu…tidak lah sakit sangat…saya jugak tidak mengalami muntah atau mual…pembuangan air kecil dan besar juga tidak bermasaalah…cuma perut saya terasa tidak selesa…apa masaalah saya doc…mohon pencerahan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pembesaran limpa akibat penyakit kronik seperti radang injap jantung atau penyakit hati.
- Abses limpa akibat jangkitan kuman.
- Lipoma (Ketumbuhan lemak).
- Abses kulit akibat jangkitan kuman.
- Cista buah pinggang akibat Adult Polycystic Kidney Disease (ADPKD)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.