
Sulit
3 tahun
Tergugur kandungan anak luar nikah
Hi doktor sy berusia 23 tahun sy telah hamil anak luar Nikah dan saya telah mengalami keguguran adakah pihak doktor akan Tanya status bersuami atau tidak nti sy tkut doktor akn lamporkan pada pihak polis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami bersimpati atas keguguran anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas mengalami keguguran, sebaiknya anda merujuk kepada doktor kerana ada kalanya keguguran yang tidak sempurna boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu yang boleh mengancam nyawa seperti :
- Sepsis
- Pendarahan
- Jangkitan pelvis
Kami memahami situasi kehamilan luar nikah merupakan sesuatu perkara taboo, tetapi ia tidak patut menjadi halangan untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada hospital berdekatan dengan kadar segera supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.