
Sulit
4 tahun
Terhantuk kepala dekat besi grill
Hye doc,
Kelmarin saya terhantukkan kepala saya bahagian kiri atas sedikit dari mata dekat pintu besi grill,
Laju jugak la saya hayungkan pintu besi tu sebab nak tutup kan,tak sedar kepala saya masih lagi disitu,Tanpa fikir panjang terus saya tutup dengan laju,
Sakit sangat rasa,
Rasa macam bergaris dan tak boleh sentuh kepala
Saya tak sapu mana ii ubat…
Hari ni sakit sangat kepala,Dia effect keseluruhan especially bahagian kiri start dari mata hingga ketengah kepala…tgk screen sikit rasa sakit sangat…
Even nak tidur takleh tersentuh sikit pon kepala…kena mengiring kanan atau tidur straight…
Langsung tak sentuh kepala…
Rasa macam lain la penglihatan ni
Adakah normal macam ni…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sukar untuk menentukan darjah keparahan cedera kepala ringan. Hal ini kerana tergantung kepada kekuatan hantuk, boleh jadi cedera kepala tersebut terkena otak.
Sekiranya terdapat gejala dibawah, anda dinasihatkan untuk segera mengunjungi unit kecemasan:
- tidak sedarkan diri
- sawan
- masalah dengan deria - seperti kehilangan pendengaran atau penglihatan berganda
- muntah berulang
- darah atau cecair yang keluar dari telinga atau hidung
- hilang ingatan (amnesia)
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.