Sulit
2 tahun
Terhantuk tulang belakang dengan besi untuk beberapa hari yang lepas
doktor,saya merupakan seorang pelajar di asrama. 5 hari yang lepas saya terlanggar tulang belakang di bahagian saya dengan besi di ampaian. Sekarang saya ,
mengalami sakit di tulang belakang di bahagian bawah tetapi kadang2 sakitnya sampai ke atas tulang belakang. Saya risaj dengan keadaan saya. Apa yang patut saya lakukan.berbahya ke untuk tulang belakang saya. Saya cuba untuk tidak pergi ke klinik kerana peningkatan kes covid.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit pada tulang belakang. Bagi orang yang lebih berusia, masalah kesakitan yang meraka alami biasanya disebabkan oleh masalah pereputan tulang dan radang sendi atau otot sokongan yang lemah.
Bagi mereka yang masih muda, masalah sakit tulang belakang biasanya disebabkan oleh:
- Faktor postur tubuh yang tidak betul menyebabkan perubahan struktur tulang
- Masalah slipped disc
- Skoliosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.