
Sulit
4 tahun
Terkena air mazi di luar bibir vagina
hi doc, first period saya 10/12 dan last period 17/12, saya bersama suami 20/12 dan cuma terkena air mazi sahaja d luar vagina,saya masih virgin dan belum bersedia punya kandungan, jika ia berpotensi untuk mengandung, adakah ia dapat tanda awal kehamilan seperti biasa? sebab saya tidak melakukan di dalam dan hanya di luar dan saya masih virgin . adakah saya subur? boleh bagi penjelasan? saya juga ada makan ubat postinur tapi sudah lebih 72 jam dan cuma makan sekali sahaja, saya rasa sakit di bahagian perut bawah sebelah kiri , saya tidak pasti samada usus ataupun bahagian ovari . selepas makan ubat itu saya cuma sakit kepala sahaja dan terasa penat badan . Boleh terangkan adakah ia berkesan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, harus diingatkan bahawa setiap hubungan seksual tanpa perlindungan (seperti kondom) dan tanpa perancangan kehamilan mempunyai risiko untuk hamil.
Merujuk kepada pil perancang kecemasan, harus diketahui bahawa ia adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa ia akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Sekiranya anda makan setelah 3 hari berhubungan, tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Bagi mendapat penjelasan punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.