
Sulit
4 tahun
Terkena jarum ubat kebas
Saya wanita berumur 18 tahun yang bekerja di klinik gigi . Selepas doktor menggunakan jarum ubat kebas itu pada patient saya mengemasnya dan jarum ubat kebas itu terkena pada tangan saya . Tangan saya pakai gloves pada waktu itu … Tetapi tiada sebarang luka ataupun kecederaan pada tangan saya . Adakah saya dijangkiti ? mohon penjelasan doktor Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pekerja kesihatan adalah terdedah kepada cecair darah dan badan lain dalam menjalankan tugas mereka. Oleh itu, mereka menghadapi risiko jangkitan dengan virus darah termasuk virus immunodeficiency manusia (HIV), virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV).
Pendedahan terhadap darah boleh mengakibatkan kecederaan perkutaneus (kecederaan jarum atau kecederaan tajam lain), kecederaan mucocutaneus (percikan darah atau cecair badan lain ke mata, hidung atau mulut) atau sentuhan darah dengan kulit yang tidak utuh (kulit yang luka). Bentuk pendedahan paling sering terhadap darah adalah kecederaan akibat tusukan (atau tercucuk) jarum.
Merujuk kepada keterangan anda, adalah kurang jelas definisi contact antara jarum dengan tangan anda. Justeru, bagi keterangan tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.