
Sulit
4 tahun
Terkena minyak panas Untuk kenal pasti parut
Saya baru terkena minyak panas di dahi dan sedikit terkopek…adakah ianya berisiko jdo parut keloid…tpi hanya luar lapisan kulit sahaja

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Keloid merupakan parut yang boleh terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti melecur, luka pembedahan dan luka jerawat. Melecur merupakan risiko paling tinggi dalam terhasilnya parut keloid. Namun begitu, kecederaan seperti melecur dalam tahap pertama, iaitu lecur pada kulit bahagian atas tidak akan menyebabkan parut keloid.
Antara simptom melecur tahap pertama ialah:
- kemerah-merahan
- keradangan di bahagain kulit melecur
- kesakitan di bahagian melecur
- tertanggal kulit yang luka tersebut petanda kulit penyembuhan kulit
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Seeloknya puan perlu buat pemeriksaan dengan doktor di klinik berdekatan supaya dapat memeriksa bahagian melecur itu dengan lebih teliti dan supaya dapat mengenalpasti tahap melecur untuk mendapat rawatan yang tepat. Puan juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk menghubungi secara peribadi dengan doktor kami.