
Sulit
3 tahun
Terkena Renjatan Elektrik
Saya terkena renjatan elektrik di bahagian kanan sehingga kaki saya , apakah yang saya perlu makan doktor untuk mengatasi masalah ini ? Adakah buah-buahan yang dapat mengatasi?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, renjatan elektrik boleh mengakibatkan kulit kita menjadi terbakar. Namun, kesan yang paling ditakutkan adalah kesan renjatan tersebut akan menyebabkan terjadinya masalah jantung iaitu atrial fibrillation yang akan menyebabkan gangguan jantung dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.