
Anonymous
5 tahun
Terkencing ketika batuk
saya surirumah 30-an.saya kerap batuk sehingga terkencing walaupun selepas saya kencing di tandas. saya dah cuba kawal tapi gagal. adakah itu tanda tanda diabetes?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala tidak dapat menahan kencing boleh disebabkan:
- Ketidak-tegangan stres pundi kencing (“Stress incontinence”) -disebabkan otot pelvis tidak kuat
- Jangkitan pundi kencing
- Kencing manis
- Prolaps (kejatuhan) rahim
- Fibroid - yang menekan pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.