Sulit
6 tahun
Terkencing sewaktu batuk
Hi…sy wanita berkahwin berumur 35thn mmpyai 1 anak. Masalah sy ialah terkecing sewaktu batuk/bersin…malahan sy terkencing sewaktu jogging. Bagaimana mahu mengatasi masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang dialami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat sesetengah ubatan
- Jangkitan saluran kencing/ kencing kotor
- Masalah otot pundi kecing
- Masalah psikologi
- Terkait dengan ketidakseimbangan hormon
Memandangkan kencing adalah salah satu rutin yang perlu dijalani setiap hari, masalah pada rutin kencing dapat menyebabkan ketidakselesaan dalam menjalani aktiviti seharian. Justeru anda disarankan untuk merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































