
Sulit
4 tahun
Terlalu banyak peluh
Hi dr. Saya seorang wanita berumur 23 tahun. Saya nak tanya, kenapa ya saya sentiasa berpeluh & saya rasa terlalu banyak peluh. Kadang2 sampai tudung & baju basah akibat peluh. Jadi, saya nak tanya, adakah ianya satu masalah jika terlalu banyak peluh sehingga menyebabkan baju & tudung dipakai basah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, peluh berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hiperhidrosis umum
- Hiperhidrosis ketiak
Keadaan diatas biasanya idiopatik yang mana bermaksud tiada penyebab pasti. Akan tetapi, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan bagi mengurangkan masalah memburuk, seperti:
- Menggunakan antiperspirant deodorant ataupun spray yang dipreskripsikan
- Mengurangkan pengambilan kafein
- Menjauhi faktor-faktor penyebab peluh seperti berjemur di panas, duduk di tempat yang pengudaraan/ ventilasi buruk
- Memakai pakaian daripada natural fiber seperti kapas dan elakkan menggunakan bahan sintetitik
- Membuang bulu ketiak
Memamandangkan pendapat ini hanya bersifat umum dan terhad kepada masalah peluh banyak anda, sekiranya terdapat gejala tambahan lain, maka kemungkinan masalah kesihatan lain yang sebenarnya mendasari keluhan anda. Justeru, anda disarankan merujuk doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.