
Sulit
4 tahun
Terlambat ambil folic acid pada kandungan week 5
Salam Dr. Saya amt risau kerana sy baru shja mula ambil folic acid pada kandungan usia minggu ke 5. Kemudian, saya lambt dtg haid seminggu dan buat UPT test mggu tersebut ternyata positive. Saya terus ke klinik untuk dptkan pengesahan (UPT positif) dan scan tapi belum nmpk kntung kata Dr terlalu awl lagi.Kmudian Dr bagi sy folic acid Duafolic 5mg untuk makan. Oh ya sebelum tu masa sy ambik folic acid tu brand iberet (Org di pharmacy bagi).
Persoalan saya, macam mana dengan saya dh consumed iberet folic acid yg ada kndungn supplement lain adakah ckup supply terhdp kandungan?
Kemudian, lagi stu, sy sudah terlbat ambik folic acid ni minggu ke 5. Saya msih boleh selamatkn lagi ke development neural tube kandungan sy?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang situasi yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, neural tube akan tutup atau dihasilkan dengan sempurna pada minggu ke-12 kandungan. Justeru itu, anda disarankan untuk mengambil Folic Acid sehingga minggu ke-12.
Buat masa ini, anda dinasihatkan agar jangan terlalu khuatir dan cuba meneruskan gaya hidup sihat dan pengamalan diet & suplemen yang telah disarankan doktor.
Walau bagaimanapun, bagi menjamin kesihatan puan dan perkembangan kandungan berlaku dengan baik, kami tetap menyarankan puan agar sentiasa membuat check-up rutin mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh klinik kesihatan KKM yang berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.