Anonymous
6 tahun
Terlepas Suntikan perancang kehamilan
Dr, saya sepatutnya mengambil suntikan perancang pada 22/7. Sebelum ni suntikan saya adalah pada 29/4. Saya terlepas 4 hari tempoh suntikan kedua dan saya bersama suami dalam tempoh ini. Bolehkah saya hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda paling lama sampai 15 minggu setelah anda disuntik. Justeru, boleh dikatakan masih terdapat hormon itu untuk mencegah terjadinya kehamilan. Namun, perlu diingatkan bahawa mengambil suntikan ini secara tepat hanya menghalang kehamilan sampai 98% yang mana berarti masih ada 2% kemungkinan untuk hamil walaupun mendapat suntikan depo.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































