
Sulit
4 tahun
Terlewat makan pil regulon
Saya wanita berumur 20an. Saya makan pil perancang noriday setiap 8am. Tapi harini saya pergi klinik untuk amik perancang baru. So nurse bg pil regulon. So saya makan dalam 9.30am. Kalau malam ni bersama boleh ke ataupun kena pakai condom?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kekeliruan yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat terhad yang anda berikan. Untuk makluman anda, anda boleh teruskan hidup anda seperti biasa kerana pil yang anda makan adalah pil berlainan. Anda juga digalakkan untuk memakai kondom untuk perlindungan yang lebih ketat
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih