
Sulit
4 tahun
Terlupa ambil pil perancng
salam. saya berumur 21 tahun dan telah berkahwin ada anak seorg. saya ambil pil perancang jenis oralcon. saya nak tanya, kenapa kalau terlupa ambil pil perancang 2 hari, keluar darah pada hari ke 3? darah pula keluar sampailah pada hari saya sepatutnya period berlanjutan selama 7 hari pada hari terakhir period. bila dah habis period barulah darah tu berhenti dan normal balik. skrg nie saya makan sendiri tiada guide daripada klinik kesihatan. sebenarnya dah banyak kali juga jadi macam nie tapi saya fikir tu semua normal. mungkin hormon. skrg anak saya dah 2 tahun 1 bulan. patut ke saya berhenti ambil pil perancang? atau patut ke saya pergi ke klinik berjumpa doktor? saya ada juga ambil ubat tranexamic acid utk berhenti kan bleeding tapi tak berhasil, sehari 3 kali, 3 biji. harap doktor boleh beri nasihat utk masalah saya nie. terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Prinsip pengambilan pil perancang adalah seperti berikut:
- Jika lewat 12 jam memakan pil, pil masih berkesan untuk mencegah hamil. Makan pil tersebut sebaik sahaja ingat dan pil seterusnya harus dimakan pada waktu yang biasa.
- Jika lewat melebihi 12 jam, keberkesanan pil mungkin berkurang. Sekiranya tablet lupa diambil secara berturut-turut, risiko hamil menjadi semakin tinggi.
- Jika lebih dari satu pil, lupa dimakan, anda dinasihati supaya berjumpa dengan doktor.
- Jika satu pil pada minggu 1 lupa dimakan, makan pil yang dilupakan sebaik sahaja teringat dan jika perlu, makan 2 tablet sekali gus. Untuk 7 hari selepas itu gunakanlah kondom atau kaedah tambahan untuk mencegah kehamilan.
- Jika satu pil pada minggu 2 lupa dimakan ,makan pil yang dilupakan tersebut sebaik sahaja teringat. Anda tidak perlu menggunakan kaedah tambahan kerana keberkesana pil masih sama.
- Jika satu pil pada minggu 3 lupa dimakan ,anda boleh makan pil yang dilupakan tersebut segera. Selepas habis papan pil ini, janganlah mengambil 7 hari rehat tetapi sebaliknya mulakan papan Mercilon yang baru. Hal ini bermaksud anda tidak akan mengalami haid pada bulan tersebut. Selain itu, anda juga boleh terus berhenti makan pil dari papan tersebut dan berehat 7 hari, kemudian mulakan papan yang baru.
Untuk maklumat lanjut mengenai ubat , sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.