
Anonymous
5 tahun
Terlupa dos kedua Postinor 2
Saya dan suami melakukan hubungan badan tanpa perlindungan. Saya mengambil dos pertama postinor 2 utk perlindungan kurang drpd 24jam tetapi malangnya saya terlupa mengambil dos yg kedua. Adakah ia masih berkesan atau kebarangkalian untuk saya mengandung adalah tinggi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ubat postinor 2 boleh diambil dalam tempoh 72 jam selepas persetubuhan tanpa perlindungan. Sekiranya anda terlupa dos kedua selepas 12 jam dos pertama, anda masih boleh ambil dos kedua dalam tempoh 72 jam selepas hubungan kelamin tersebut. Namun, langkah-langkah tambahan mungkin perlu diambil untuk mencegah kehamilan seperti pemakaian kondom oleh suami anda. Sekian.