
Sulit
4 tahun
Terlupa makan antibiotik untuk GSP
Doc ada bg saya ubat antibiotik untuk di makan 2 kali sehari selama 7 hari kerana sy streptococcus positive. Tapi di sebabkan kesibukan kerja kadang2 saya terlupa makan. Hanya makan sekali sehari. Adakah ianya merbahaya untuk bayi saya nanti? Adakah saya perlu makan 2 biji skali untuk sy cover balik? Tq is doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang cara pengambilan ubat antibiotik. Dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh menggandakan dos antibiotik seterusnya sekiranya anda terlepas dos pertama. Mengambil dua kali ganda antibiotik dalam satu masa yang sama akan meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan. Ambil dos yang tidak diambil sebaik sahaja anda mengingatinya atau, jika sudah hampir waktu untuk dos seterusnya, ambil dos kedua sahaja.
Untuk info secara mendalam tentang perkara ini, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih