
Anonymous
6 tahun
Terlupa makan perancang noriday
Hai doc… saya seorang yg berusia 27tahun… Saya pengamal perancang noriday atas sebab ingin menjaga susu badan dari drop… saya ambil pn atas nasihat nurse & doc di kk… pertengahan bulan 5 nanti baru saya akn masuk iucd… baru2 nie saya terlupe makan sehari…
Saya last period 4/4/19 & pada 10/4/19 saya ada bersama dengan suami tanpa sebarang perlindungan… 12/4/19 adalah hari saya terlupa makan ubat & time yg saya patut makan 5.15pm… tapi pda 13/4/19 saya teruskan makan macam biase… Adakah saya berisiko untuk hamil doc?? Harap doc dapat bantu masalah saya… terima kasih

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Berikut adalah tips menggunakan pill Noriday :
- Jika anda terlupa mengambil pil pada waktu biasa anda, makan terus sebaik sahaja anda ingat. (Jika anda terlepas lebih daripada satu pil, hanya makan pil terakhir yang anda terlepas.) Ambil pil seterusnya pada masa yang biasa anda makan.
- Sekiranya anda terlupa makan kurang dari 3 jam, anda masih dilindungi dan tidak perlu menggunakan kontrasepsi tambahan.
- Jika lebih daripada 3 jam makan pil, anda tidak akan dilindungi daripada kehamilan. Anda dinasihatkan tidak melakukan hubungan seks atau anda perlu menggunakan kaedah kontrasepsi tambahan (contohnya kondom) untuk dua hari akan datang, dan mesti terus mengambil pil anda seperti biasa.
Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.