fasha.ishaaa
4 tahun
Terlupa makann morning after pil
1 saat
Saya makan sebiji pill perancang pada hari pertama yang mempunyai 21 tablet dan terlupa untuk makan selama 7hari kerana lupa untuk membawak ubat tersebut. Namun, saya tanya pada pharmacy apa yg saya perlu buat jika terlupa makan pil perancang, dia hanya memberi saya escapelle. Adakah itu boleh mencegah daripada kehamilan?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keraguan yang puan alami. Untuk makluman pihak puan, pil perancang selepas hubungan kelamin seperti Escapelle mengandungi hormon progestogen yang akan membantu mencegah kehamilan.
Puan perlu mengambil pil ESCAPELLE dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dan seharusnya diambil secepat mungkin selepas hubungan kelamin. Berbalik kepada soalan puan, keberkesanan pil kontraseptif ini bergantung kepada berapa jam telah berlalu sejak puan mengalami seks tanpa perlindungan.
Jika puan masih mempunyai keraguan tentang pil perancang dan cara mencegah kehamilan,puan digalakkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memperoleh nasihat tentang cara yang paling sesuai. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih