Sulit
2 tahun
Terlupa mula makan pil perancang Yasmin
Selamat sejahtera Dr. Saya 28/perempuan. Saya dah 9 bulan makan pil perancang (Yasmin). Untuk kitaran pil bulan ni, saya terlewat mula makan sehari (ie:sepatutnya saya mula makan 9/11 tapi saya terlupa untuk makan dan saya mula makan pada 10/11). Akan ada apa apa kesan tak Dr ? Untuk kitaran pil bulan depan saya perlu lewatkan juga ke? Terima kasih Dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda terlupa pil perancang keluarga dalam tempoh sehari ataupun 24 jam, anda boleh mengambil pil yang anda terlupa secepat mungkin (bermakna anda mengambil 2 pil dalam satu hari). Kemudian sambung ambil pil seterusnya mengikut kadar biasa. Sekiranya anda terlupa pil dalam masa 2 hari, sebaiknya anda patut juga menggunakan kondom sebagai pencegahan kehamilan di samping pil
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.