
laimuhd25
5 tahun
Termandikan anak dengan air berkemungkinan kencing tikus
Salam, dr anak saya umur setahun, pg tadi saya mandikan anak menggunakan air di dalam baldi… saya ada terlihat tahi seperti tahi cicak dan saya telah membuang tahi berkenaan… malangnya baru sebentar tadi isteri saya memberi tahu dia ada ternampak tikus di dalam baldi tersebut tapi tidak membuangnya terus… dan malangnya jgk saya telah termandikan anak saya dengan air dalam baldi berkenaan pagi tadi… sehingga sekarang saya masih monitor anak saya jika terdapat symptom…
adakah saya perlu bawa dia ke hospital jika tiada symptom pnyakit dan adakah semua tikus pembawa penyakit lencing tikus?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Tidak semua tikus mempunyai penyakit kencing tikus namun langkah berhati-hati perlu diambil jika terdapat kesan-kesan tikus. Oleh itu, jika anak anda mempunyai gejala seperti demam, lemah badan, muntah, batuk-batuk atau batuk berdarah serta kekuningan, anda perlu membawa anak anda segera ke hospital. Buat masa kini anda perlu memastikan anak anda diawasi dengan rapi akan gejala-gejala yang disebutkan. Sekian.