Sulit
3 tahun
Terpancut dalam si wanita pd 6pagi
hello, saya dan kekasih saya telah melakukan hubungan seks pada 11hb pada pukul 6 pagi. dan dalam masa yang sama saya telah terpancut dalam kekasih saya. jadi utk mengelakkan kehamilan, sy nak tahu cara yang terbaik utk mengelakkan kehamilan. sy seorang student yang berumur 23 dan kekasih saya 22tahun. tolong bantu saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda dinasihati untuk mendapatkan pil perancang kecemasan dengan segera di farmasi berdekatan. Pil ini bertujuan mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dalam masa 72 jam setelah hubungan seks tidak terlindung.
Oleh kerana anda masih seorang pelajar, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks, lebih-lebih lagi tanpa perlindungan seperti kondom. Ini bertujuan untuk mengelakkan kehamilan tidak dirancang dan penyakit kelamin. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.