
Sulit
3 tahun
Tersalah hari makan pil
Saya tersalah hari memakan pil perancang.sepatut nya saya makan yang hari Isnin punya tapi saya dah makan yang selesa .adakah Sya patut makan dua pil?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda berkenaan tersalah makan pil untuk hari yang lain.
Untuk makluman anda, cara mengambil pil perancang bergantung kepada jenisnya. Walaupun pil yang anda ambil adalah pil untuk hari lain, kebiasannya komposisi setiap pil adalah sama melainkan ia adalah pil rehat yang diambil selama 7 hari rehat (7 days break).
Bagi membantu anda mendapatkan nasihat dan keterangan yang tepat mengenai cara mengambil pil perancang, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor perancangan keluarga.