
terrarosoft
3 tahun
Tersedak sehingga luka
semalam saya makan ayam goreng, dan saya tersedak, saya dapati saya batuk berdarah ketika tersedak. keesokannya saya bangun, saya dapati tekak saya serta lelangit seperti luka. adakah ini biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, anda tersedak kerana mungkin benda asing seperti makanan tersalah masuk saluran pernafasan. Badan bertindak balas dengan tersedak bagi mengelakkan benda yang tidak sepatutnya masuk ke dalam saluran pernafasan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor