Sulit
4 tahun
Terseksa dengan diri sendiri
saya seorang wanita berumur 20 tahun. saya sering menangis dengan bersebab mahupun tanpa sebab. saya sering merasakan saya tidak berguna pada diri saya dan orang lain. saya banyak kali tanya pada diri kenapa saya dilahirkan kalau saya hanya melalui perkara yang menyeksakan diri hati perasaan saya? kenapa semua tidak pernah menghargai kewujudan saya? kenapa saya sering ditinggalkan? saya ada pasangan namun dia punca saya jadi begini. apabila saya luahkan pada dia, dia marah dan kata saya tidak memahami dia yang sibuk bekerja dan kami mempunyai masalah lain. saya cuba untuk tidak terasa hati namun saya sendiri tak dapat menahan diri saya. saya ada luah pada kawan saya, kawan saya sarankan saya untuk saya tinggalkan dia. tapi saya tak mampu. saya tak yakin yang saya akan ‘baik’ kalau dia takde. saya cenderung melukakan diri saya dan kadang saya ada niat untuk bunuh diri saya. oleh sebab semua ni. hidup saya jadi tak terurus. saya tak tidur. saya sering bertanya apa salah saya kenapa tiada yang menghargai saya? saya tahu saya sepatutnya meninggalkan dia. tapi saya tak mampu. saya terseksa dengan semua ni. sampai kepala saya jadi sakitt yang terlalu sakit. kadang cuma sebelah bahagian saja yang sakit. kadang tibatiba macam kena serang dekat kepala. jadi sakit tibatiba. bibir saya kerap kering. rasa macam nak baring dan tak mahu bangun. saya ada rasa untuk pergi ke Klinik Kesihatan untuk periksa mental saya. tapi saya takut. saya taktahu nak buat apa. saya takut kehilangan dia. saya takut dengan diri saya sendiri. lebih lebih lagi bila dalam gelap tapi saya suka berada dalam kegelapan. musim lockdown lagi saya terseksa sebabnya saya takboleh keluar tengok suasana yang menenangkan diri saya. tolong saya.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa diri anda ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 .
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.



























