
Sulit
4 tahun
Tertekan sebab sentiasa dihina selepas accident
Saya wanita yg berumur 21 tahun. Pada 2018 saya menghadapi satu accident yang teruk dan menyebabkan saya mengalami kecederaan yg teruk pada kaki sebelah kiri . Berpunca dari accident tersebut saya terpaksa menghadapi beberapa pembedahan untk menyelamatkan kaki saya . Berpunca dari accident itu juga cara pergerakkan dan cara saya berjalan berubah . Disebabkan cara saya berjalan berubah dan lain dari manusia normal yang lain, saya selalu dihina cacat dan berjalan seperti orang cacat . Berpunca dari hinaan tersebut saya akn merasa tertekan , menangis berjam2, kadang2 tak makan , berkurung dalam bilik berhari2 dan pernah cuba untuk bunuh diri . Apakah yang patut saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan dan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai masalah mental ataupun tidak berikutan lebih banyak maklumat diperlukan dan anda perlu membuat pemeriksaan bersama dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda mempunyai masalah sedemikiann:
- Psikologi:
- Tekanan emosi
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- Penyakit bipolar
- Rehat yang tidak mencukupi
- Perubatan:
- Penyembuhan sambungan tulang yang kurang memuaskan
- Masalah saraf selepas pembedahan dilakukan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ia juga boleh disebabkan oleh perkara lain yang tidak kami sebutkan di atas. Pemeriksaan lanjut oleh doktor adalah diperlukan supaya punca masalah anda dapat diketahui dan rawatan dan bantuan dapat diberikan kepada anda.
Pada masa ini, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut:
- Menceritakan masalah anda kepada orang yang anda percaya
- Melakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran negatif
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor kerana perkara ini berlarutan dan mengganggu kesihatan mental anda.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil. Sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk meragut nyawa ataupun melakukan perkara yang boleh membahayakan keselamatan orang sekeliling, anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami mengenai masalah yang anda alami. Terima kasih.