
Sulit
4 tahun
Tertelan benda asing
Salam and hi…apa akibat jika tertelan benda asing yg sgt kecil? Ada kemungkinan benda asing masuk ke salur pernafasan Dan bukan salur makan? Apa rawatan jika termasuk ke salur pernafasan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tertelan benda asing.
Untuk makluman anda, sekiranya anda tertelan benda asing, ianya boleh mengalir ke saluran pernafasan atau saluran makanan. Sekiranya benda asing tersebut mempunyai sifat bahan kimia, ianya sangat berbahay dan boleh memberikan komplikais yang teruk kepada anda. Sekiranya ia masuk ke saluran pernafasan, ia boleh menghalang anda daripada bernafas dan menyebabkan jangkitan kuman serta keradangan pada saluran tersebut.
Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawtan lanjut. Sila segera ke klinik atau hospital jika anda mengalami gejala dibawah:
- Sesak nafas
- Muntah
- Demam
- Sakit dada
- Rasa ada sesuatu di tekak
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.