
Sulit
5 tahun
Test Covid 19 yang kedua sebelum menamatkan tempoh kuarantin 14 Hari
Saya telah buat test Covid 19 pada minggu lepas dan disahkan negatif.Saya sedang menjalani kuarantin 14 hari. Soalan saya, perlukah saya membuat ujian kedua sebelum menamatkan tempoh kuarantin walaupun tiada simptom?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, anda masih perlu menjalani ujian tersebut walaupun tiada gejala selepas kuarantin pada hari ke 14.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini