
Sulit
4 tahun
Test dna bapa dan anak
Hi doc macam mana nak buat dna test atas keraguan suami tentang anak ke2 kami.adakah mana2 klinik swasta boleh lakukan ujian dna ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman pihak anda, jika anda ingin mengesahkan samada anak tersebut adalah anak kandung, ujian DNA merupakan ujian yang akan memberi 99.99% pengesahan. Belum ada alternatif lain bagi mendapatkan pengesahan tersebut. Anda boleh merujuk kepada hospital berdekatan bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan prosedur serta lokasi yang spesifik untuk melakukan ujian tersebut berdasarkan lokasi semasa anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih