
hazlinjamal9
6 tahun
Test kehamilan kali kedua negatif
Hai dokter sya wanita berumur 25 tahun, sya baru saja berkahwin,last period sya bulan lps 7/3…tp bila saja check upt yg pertama menunjukkan hasil positif dan saya lakukan untuk kali kedua menunjukkan negatif… Adakah sya hamil atau tidak

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang telah diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku antaranya ialah:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.