
Sulit
4 tahun
Test kehamilan positif, 2nd test negatif
sy dah lama menuggu zuriat…
persoalannya, sy test kehamilan lepas tido…adlah positive. .saje2…ikutkn sy da ke arah PCOS… the kali kedua ade line samar, keesokkan harinya lepas bangun tido line je
dorg cakp sbb kencing kotor…sebb tu ade samar2
mohon penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Ramai wanita yang mempunyai penyakit “polycystic ovarian syndrome” (PCOS) mengalami masalahkitaran haid yang tidak teratur.
Rawatan yang diberikan perlu membetulkan ketidakseimbangan hormon-hormon untuk mengatur kitaran haid anda. Ubat yang paling biasa digunakan ialah pil kawalan kelahiran yang mengandungi hormon yang diperlukan oleh badan anda. Terapi-terapi hormon lain yang boleh digunakan termasuk suntikan hormon, cincin faraj, alat intra-rahim yang mengandungi progesteron, implan hormon dan patch.
Wanita dengan penyakit PCOS juga mungkin dirawat dengan ubat antidiabetik, Metformin yang boleh membantu meningkatkan keteraturan haid. Tujuan utama Metformin biasanya adalah untuk merawat masalah kerintangan insulin dan diabetes jenis II yang adakalanya dihadapi oleh wanita yang mempunyai PCOS. Tetapi Metformin juga boleh membantu dengan penurunan berat badan, pencegahan penambahan berat badan dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.
Pengawalan berat badan dapat membantu mengurangkan simptom-simptom yang dihadapi oleh wanita yang mempunyai PCOS. Digalakkan mengurangkan berat badan melalui senaman dan diet yang sihat dan seimbang. Kajian menunjukkan kehilangan 5-10% daripada jumlah berat badan anda boleh membantu mengurangkan simptom-simptom yang berkaitan dengan PCOS seperti kitaran haid tidak teratur.
Persoalan yang puan ajukan mengenai kehamilan dan penyakit PCOS adalah sepsifik dan kurang sesuai dibincangkan melalui platform ini. Sebelum cadangan dan nasihat boleh diberikan, maklumat lanjut tentang puan dan latar belakang penyakit puan haruslah diketahui.
Oleh itu, puan disarankan untuk berbincang dan mendapatkan nasihat tentang perkara ini dengan doktor pakar sakit puan atau bercakap dengan kami secara atas talian untuk konsultasi secara peribadi.Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.