
Sulit
5 tahun
Test kehamilan terlihat kabur
Saya wanita berusia 18 tahun
Dan saya sudahh berkawin
Saya agak keliru dengan test yang saya buat
Saya dapt 2 line tetapi 1 line terlihat kabur adakah saya mngandung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ujian kehamilan anda boleh menunjukkan:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Anda boleh menguji air kencing anda semula selepas 1-2 hari dengan mengikuti rapi arahan yang tertera pada pek kit ujian kehamilan anda. Sekiranya keputusan masih meragukan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.