Sulit
5 tahun
Test kendiri covid 19
Hai, saya ingin bertanya adakah boleh jika saya ingin membuat swap test covid kendiri? Jika boleh ada klinik kesihatan kerajaan boleh untuk buat ? Kerana saya tiada kontak rapat tapi saya ingin buat test sebagai langkah awal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, anda boleh membuat ujian saringan COVID-19 walaupun anda tidak mempunyai kontak rapat. Walaupun begitu, klinik kesihatan akan memberi keutamaan kepada individu yang mempunyai kontak rapat. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, anda perlu pergi ke klinik atau hospital swasta yang menawarkan khidmat ujian saringan COVID-19.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun sekiranya anda bukan dan tidak mempunyai kontak rapat, buat masa sekarang, kami menasihatkan anda untuk mengasingkan diri dan memantau gejala COVID-19 dan sekiranya anda mempunyai gejala, sila berhubung dengan KKM untuk tindakan selanjutnya.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan kepastian dan konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami, terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































