Sulit
2 tahun
Test kit covid 19 positif tapi tiada simtom
Saya seorg ibu awal 40an…masalah sy…sy dah buat test mengunakan kit covid 19 sebanyak 2 kali…kali pertma buat negetif …selang sehari sy test ia positif…sy dah ke KK terdekat tp depa x ambik utk yg tiada simtom padahal sy dah test menggunankan kit covid 19 to positif…apa perlu sy buat skrang
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, jangkitan covid19 boleh dibahagikan kepada 3 kategori dan peratusnya adalah:
- symptomatic (bergejala) -26%
- presymptomatic (bergejala lewat) - 24%
- asymptomatic (tidak bergejala) - 50%
Dengan catatan ini, ia menunjukkan seramai 50 peratus pesakit covid positif akan tanpa gejala, dan 24 peratus pesakit covid positif akan bergejala dengan perkembangan penyakit tersebut.
Selain itu, untuk covid test, RT PCR test, ketepatannya adalah 97.2 peratus. Pihak perubatan yang ambil sampel dan bertugas di makmal tersebut juga beroperasi dengan tegas mengikuti protocol yang disenaraikan oleh KKM.
Covid test berfungsi dengan mengesan genetic yang spesifik hanya berada dalam virus covid sahaja, serta jangkitan virus yang berbeza akan mempunyai genetic dan kit ujian yang berbeza. Oleh itu, keputusan ujian tidak akan bertindih.
Anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.