sitirohaizajaafar
6 tahun
Test urine double line tp pregnant
sy wanita berusia 27tahun yg bru brkhawen dan pernah mengalami keguguran di usia kandungan 2bulan,selepas gugur dlm mase 2 3bln period lancar seperti biase tetapi baru² ni miss period dlm 4 5hri,saya bt ujian kehamilan daa keptsan ny,double line tetapi dua hri selepas to ad klua darah seperti darah keguguran sy dahulu,adakah itu sya mengandung atau itu darah period sy yg seperti bulanan biase to…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan diawal kehamilan boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Keguguran - ujian kehamilan akan positif dalam 3-4 hari selepas keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan kembar
- Ketumbuhan polip/fibroid dalam rahim yang pecah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























